WANITA BAHAGIA
-
BIsmillah Walhamdulillah
Jam 2.30 petang.14.9.2020
.Lokasi di Chonang, Terengganu.
Lama tidak menulis di sini. Umi banyak menukilkan di blog baru seb...
Ya ALLAH..satukan kami hingga ke Syurga Mu..amin.... Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan disinilah bermula kehidupan sebenar....
Wednesday, November 18, 2009
umi sayang ayah..
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. JADIKANLAH DAKU SRIKANDI PENYEJUK DI MATA.. PENAWAR DI HATI.. DI DUNIA DAKULAH PENYERI DI SYURGA MENANTI DAKU BIDADARI......
Labels:
Memori terindah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
buat permata hatiku
umi...
doakan anak2 umi, alya dan arissa menjadi anak yang solehah..
semoga anak2 umi menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...
anak2 umi...sesungguhnya umi bersyukur mempunyai anak2 yang cantik, comel dan cerdik...amin...
doakan anak2 umi, alya dan arissa menjadi anak yang solehah..
semoga anak2 umi menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...
anak2 umi...sesungguhnya umi bersyukur mempunyai anak2 yang cantik, comel dan cerdik...amin...
Doakan kebahagiaan kami...
kami di kl
Blog Design by Gisele Jaquenod
1 comments:
yus..kami doakan yang TERBAIK untuk yus sekeluarga.tabahlah menghadapi asam garam kehidupan..isnya Allah ada ganjarannya dissi Allah..semoga bahagia dunia akhirat yer..kamu sentiasa doakan yus dan yie!
p/s:sedap dan kreatifnya bahasa dalam entri nih..yus tulis ker?..ada bakat jadi penulis nih..hehe, jgn marah!
Post a Comment